Senarai Harga Servis PUSPAKOM & JPJ
Kadar rasmi pakej standard & slot express Usaha Niaga Marketing.
| Jenis Pemeriksaan / Urusan | Kategori | Penerangan Ringkas | Caj Pelanggan (RM) | Komisen Ejen |
|---|---|---|---|---|
| ⚡ Slot Express: Tukar Milik Kenderaan (B5) | Express VIP | Slot keutamaan pantas untuk urusan tukar nama tanpa menunggu giliran lama. | RM 500.00 | RM 50.00 |
| ⚡ Slot Express: Kemasukan / Tukar E-Hailing | Express VIP | Slot ekspres keutamaan pantas untuk pemandu e-hailing mula memandu segera. | RM 550.00 | RM 50.00 |
| ⚡ Slot Express: Pakej Lengkap B5 + B7 | Express VIP | Pakej kombo Tukar Hak Milik (B5) + Sewa Beli Bank/Kredit (B7) sekaligus. | RM 600.00 | RM 55.00 |
| Tukar Milik Kenderaan Persendirian (B5) | Kereta | Pemeriksaan wajib untuk proses tukar hak milik pemilik lama ke baru di JPJ. | RM 250.00 | RM 35.00 |
| Tukar Enjin Kenderaan Persendirian | Pemeriksaan Khas | Pengesahan teknikal pemasangan enjin baru sebelum endorsement JPJ. | RM 650.00 | RM 35.00 |
| Pindah Nombor Pendaftaran (Interchange) | Khas | Pemeriksaan kenderaan untuk proses tukar/kekalkan nombor plat. | RM 290.00 | RM 35.00 |
| Inspection E-Hailing Standard | E-Hailing | Pemeriksaan kemasukan / berkala Grab/Maxim/AirAsia Ride & lain-lain. | RM 390.00 | RM 35.00 |
| Inspection Batal E-Hailing | E-Hailing | Penukaran status kenderaan e-hailing kembali ke persendirian. | RM 290.00 | RM 35.00 |
| Inspection Roadtax (Mati > 3 Tahun / B2) | Cukai Jalan | Pemeriksaan kelayakan hidupkan semula cukai jalan tamat >36 bulan. | RM 290.00 | RM 35.00 |
| Inspection Berkala Van | Komersial | Pemeriksaan keselamatan 6 bulan / tahunan van barangan/persiaran. | RM 550.00 | RM 35.00 |
| Inspection Berkala Lori Luton (BDM < 5000kg) | Komersial | Pemeriksaan berkala lori kecil / sederhana BDM bawah 5 tan. | RM 650.00 | RM 35.00 |
| Inspection Berkala Lori Luton (BDM > 5000kg) | Komersial Berat | Pemeriksaan lori muatan berat 3-tan ke atas. | RM 750.00 | RM 35.00 |
| Urusan JPJ: Batal E-Hailing | Kaunter JPJ | Proses kemaskini rekod pembatalan Status e-hailing di kaunter JPJ. Pertukaran kod dari AH ke AB/AD | RM 50.00 | - |
| Urusan JPJ: Update / Endos No Enjin | Kaunter JPJ | Proses kemaskini nombor enjin baru yang diluluskan. | RM 50.00 | - |
📍 Kawasan Liputan Servis Penuh
Selangor: Shah Alam, Klang, PJ, Subang, Puchong, Bangi, Kajang, Rawang, Banting.
Kuala Lumpur: Wangsa Maju, Cheras, Kepong, Batu Caves.
Negeri Sembilan: Seremban, Senawang, Nilai | Johor: Johor Bahru, Skudai.
📄 Dokumen Wajib Pelanggan
• VOC / Geran Asal (Wajib semua kes).
• Salinan IC Pemilik / Pembeli.
• EVP & Disc Puspakom lama (jika berkenaan).
Nota: Buat semakan dengan Team Leader berkenaan senarai dokumen
4 Nilai Teras Utama Usaha Niaga Marketing
Prinsip asas kepimpinan dan kebajikan rakan ejen.
1. Nilai Amanah & Ketelusan
Kenderaan dan dokumen pelanggan dijaga rapi. Resit rasmi dan pecahan harga dinyatakan jelas tanpa sebarang kos tersembunyi.
2. Kebersamaan & Kebajikan
Ejen adalah rakan niaga keluarga agensi. Bimbingan diberikan sama rata sama ada membawa 1 kes atau 50 kes sebulan.
3. Profesionalisme Perunding Automotif
Mengangkat martabat kerjaya runner melalui disiplin, pematuhan undang-undang JPJ/PUSPAKOM dan perkhidmatan beretika.
4. Rezeki Berkat & Halal
100% prosedur rasmi dan sah. Tiada pemalsuan supaya setiap sen komisen bersih dan memberi ketenangan kepada keluarga.
Simulasi & Kalkulator Pendapatan Ejen
Kira potensi pendapatan komisen peribadi, insentif kepimpinan dan sasaran harian.
Kalkulator Prestasi Bulanan
Aliran Kerja & SOP Tempahan Ejen
Panduan langkah demi langkah dari tempahan sehingga komisen diterima.
Langkah 1: Kenal Pasti Servis (Standard atau Express)
Kumpulkan dokumen pelanggan: VOC/Geran Asal, Salinan IC, EVP (E-Hailing), Disc Puspakom lama.
Langkah 2: Hantar Tempahan Melalui Portal Ejen
Buka staff.runnerpuspakom.com/order-submission dan masukkan butiran kenderaan serta lokasi ambil-hantar.
Langkah 3: Runner Buat Visual Inspection
Runner mengambil kenderaan, membuat pra-semakan cermin gelap, lampu, enjin/casis sebelum dibawa ke PUSPAKOM.
Langkah 4: Pemeriksaan Lulus & Pembayaran Pelanggan
Kenderaan diserahkan kembali bersama slip lulus, dan pelanggan menjelaskan bayaran penuh servis.
Langkah 5: Komisen Terus Dikreditkan
Bahagian akaun memindahkan komisen RM35.00 – RM55.00 terus ke akaun bank anda tanpa tunggu hujung bulan!