Soalan Lazim (FAQ) Program Ejen

Apa itu Program Ejen Runner Puspakom?

Ini adalah program perkongsian keuntungan (affiliate/referral) di mana anda boleh menjana pendapatan sampingan dengan memperkenalkan atau membawa pelanggan yang memerlukan servis pemeriksaan kenderaan di Puspakom kepada kami.

Siapa yang layak menyertai program ini?

Program ini terbuka kepada sesiapa sahaja yang berumur 18 tahun ke atas yang ingin mencari duit poket tambahan. Ia sangat sesuai untuk suri rumah, pelajar universiti, pekerja makan gaji yang mencari side income, freelancer, pemandu e-hailing, atau ejen insurans.

Adakah saya perlu mengeluarkan sebarang modal?

Tidak, pendaftaran adalah 100% PERCUMA.. Anda tidak perlu membeli sebarang produk atau menyimpan stok. Tugas anda hanya mencari pelanggan yang memerlukan bantuan urusan Puspakom.

Bagaimanakah cara saya menjana pendapatan dan berapakah komisennya?

Anda akan mendapat komisen bagi setiap kenderaan yang berjaya dihantar dan selesai menjalani pemeriksaan melalui sistem rujukan anda. Komisen dibayar sebanyak minima RM35 bagi setiap kes biasa. Lebih banyak kenderaan, lebih tinggi potensi pendapatan anda!

Saya tiada pengalaman dan tidak tahu proses Puspakom, adakah saya boleh buat?

Boleh, jangan risau! Anda tidak perlu turun padang ke cawangan Puspakom pun. Pasukan runner profesional kami yang akan menguruskan semua proses pemeriksaan fizikal di sana. Kami juga menyediakan bahan pemasaran untuk membantu anda bermula.

Bagaimana cara untuk saya mendaftar?

Proses pendaftaran adalah sangat mudah. Klik butang 'Daftar Ejen Sekarang' di laman web ini, isi borang maklumat peribadi serta nombor akaun bank untuk pembayaran komisen, dan sertai group sokongan WhatsApp/Telegram kami.

Dah faham semua? Jom mula tambah pendapatan sekarang!

Kembali & Mula Isi Borang Online